@@@@MrEjail@@@@

Engineer or Photographer??? For Personal Life???

31 Mei 2009

Bagaimana mengurangkan saiz peha anda..

Posted by Ejail

Salam,

Saya baru je melawati laman web tentang tajuk diatas. Things that came across my mind yesterday, boleh ke kite mengurangkan kebesaran peha kita ini. Jawapannya memang boleh, tetapi kene la anda membuat sedikit pengorbanan. Pengorbanan interms of exercising. Kerana, based on what i have search just now. Ingin mengurangkan lemak di peha hanya la melalui constant exercising. Cara lain mungkin ada, tetapi yang terbaik adalah hanya exercise.Jadi ingin saya memberi petua exercise yang boleh mengurangkan lemak di peha anda.

Exercise 1:
Baringkan badan anda di atas lantai, kemudian buatkan kaki anda seperti sedang mengayuh basikal di udara. Anda hanya mengerakkan kaki anda seolah2 anda mengayuh basikal. Buat senaman ini selama beberapa minit. Jika penat, anda boleh merehatkan kaki anda sementara.Kemudian boleh sambung kembali membuatnya.

Exercise 2: Squat
Squat ini adalah pergerakan seperti ketuk ketampi.Anda perlu berdiri tegak,kemudian anda letakkan tangan anda secara bersilang, permukaan tangan kanan diatas bahu kiri, dan permukaan tangan kiri diatas bahu kanan.Seterusnya, anda turun dan duduk cangkung.Tangan still in the earlier position.In this exercise also, anda tidak boleh menipu. Dimana kebiasaannya orang membuatnya dengan mencangkung diatas bahagian hadapan kaki. Anda sepatutnya mencangkung diatas seluruh tapak kaki.Ini boleh menambah kesan yang baik bagi exercise ini.Selepas itu, anda hanya perlu mengulangi dengan mencangkung dan bangun untuk berdiri.

Saya sudah pon mencubanya 1 hari, dan ianya sangat bagus.Baru satu hari mencuba sudah terasa kesannya.Bagi saya, senaman ini memang berkesan.Jika tidak berkesan saya meminta maaf dahulu.jangan lupa untuk melakukan regangan sebelum melakukannya.

Selamat mencuba..

BY,
MrEjail