@@@@MrEjail@@@@

Engineer or Photographer??? For Personal Life???

15 Sep 2009

Graduation Day

Posted by Ejail

Salam..

Kembali lagi, untuk kali yang kedua pada hari yang sama.HEHEHEHE.So hari ini aku nak citer sketla psal graduation day aku hari tu.Memang pon dah terlambat sebenarnya tapi aku cerita jela.Saja nak penuhkan post aku ni.Aku sebenarnya dalam keadaan ingat tak ingat ni ,yela graduation aku pon dah lame lepas kan.Dalam bulan August hari tu.14 August kalau nak lebih kepersissannya. Aku sebenarnya mempelajari dalam bidang kejururteraan, dan untuk lagi mendalam Kejuruteraan Aeroangkasa. Hari aku graduat itu memang bermakna bagi aku, tapi nak buat macamanakan gambar pon tak amik banyak.Tambah pulak, hari jumaat masa tu takut tak dapat solat jumaat je.

8 August 2009
Hahahaha, Hari yang paling memenatkan bagi aku.Yela pagi tu seawal jam 630 aku sudah sedar.Memandangkan yang hari ini, aku perlu melalui peperiksaan PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik) di Hotel Heritage KL. Keadaan pagi itu, sangatla lengang tidak banyak kereta seperti pagi-pagi yang sebelumnya memangla hari cuti.Dengan berpakaian kemeja belang biru putih, ber`tie` biru, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam camel active aku sampai dihadapan hotel itu. Beg yang disilangkan di badan ku, aku buka mulutnya dan mengambil surat JPA untuk memastikan yang itu tempat yang betul.Setelah aku masuk aku menjumpai dewan yang akan berlangsungnya peperiksaan itu.Hotel itu berada dalam keadaan yang agak usang, memandangkan liftnya boleh menampakkan mekanikal yang memfungsikan lift itu.Dengan berteraskan kayu hotel itu masih teguh sampai sekarang.
Habisnya peperiksaan aku itu, aku perlu bergegas ke rumah untuk bersiap, memandangkan tren aku dijadualkan berlepas pada pukul 1030 mlm.Memang lama perjalanannya untuk ke pulau pinang jika kita mengambil keretapi, tetapi aku sudah merancang untuk sampai waktu pagi kerana jadual pengambilan jubah grat aku pada waktu itu.

9 August 2009
Sampai di Pulau pinang, aku di jemput oleh sepupuku yang rajin untuk bgun pagi pada hari itu.Aku merasakan seperti menyusahkan dia pula.Selepas itu terus kami pergi bersarapan.Aku menjamah mee sup pagi itu beserta dengan teh tarik.Panas, sangat panas, disebabkan teh tarik yang panas aku berpeluh,hehehehe.
Tepat jam 11 pg lbh, aku ditemani sepupuku pergi ke DTSP utk sesi pengambilan jubah.Setibanya disana ramai sudah rakan2ku yang sudah mengambil jubah.Keadaannya agak sesak juga disebabkan kesemua pelajar mengambil jubah tidak henti2.Aku dapat mengambil jubah dalam masa yang agak singkat, dan sempat untuk berbual2 sekejap dengan rakan2 yang lain.Mereka semua ku dengar dijemput kerumah seorang member ku yang mengadakan `sikit makan2`,aku bercadang untuk tidak pergi kerana tidak dijemput dan lagipon aku ada hal lain yang perlu diselesaikan.Selepas itu, kami bertolak terus ke BJ (Bukit Jambul).

10 august 2009
Hari ini, aku bangun lewat sedikit.Hehehe, biasala kepenatan perjalanan semalam masih terasa.Hari ini, pakcik ku mengajak kami semua ke tesco.Untuk mengambil angin dan membeli sedikit barang keperluan harian. Sambil2 itu, kami sempat untuk makan petang di nasi Kandar Pelita yang berada di dalam tesco. Aku sempat untuk mencuba teh tarik 3 layer yang ada dijual. Sangat menarik dah sedap untuk diminum.

11 August 2009
Hari ini merupakan raptai untuk majlis grat aku, berada di DTSP tepat jam 9pg.Aku melilau2 mencari rakan2 sepasukanku,nasib akhirnya ku jumpa mereka.Selama sejam majlis itu berlangsung, dengan hanya mengunakan para sukarelawan yang dipaksa. Selesai majlis itu, aku bercadang untuk menetap di USM kampus kejuruteraan sehari untuk berjumpa dengan rakan2 yang masih ada disana.Tetapi sebelum itu, aku mengikut Imee dan Hdya untuk ke QueensBay.Kami menemani Imee yang ingin membeli sedikit keperluan peribadinya. Sempat juga kami mengunjungi Sushi King untuk makan malam dan sempat juga menonton `The Proposal`.Menarik ceritanya. Malam menerima kami untuk pulang ke USM Kejuruteraan.
Sampai shj, aku bercadang untuk menetap di bilik Kishi.Memandangkan dia sibuk sedikit malam itu, jadi aku pergi melihat keadaan member aku (PakDin).Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya di bilik kishi.

12 August 2009
Aku balik ke rumah makcik ku dengan menaiki bas USM.Perjalanan yang mengambil masa sejam. Hari ini juga merupakan hari jadi sepupu ku,dia diraikan dengan makan KFC yang lazat.

13 August 2009
Hari ini, Pakcik ku mengajak untuk membelii belah di Giant pula. Kali ini, aku dapat merasa pula bagaimana keadaan di Giant.Tidak pernah ku jejakkan kaki di Giant ini. Dengan membeli makanan yang sedap untuk di makan membuatkan aku terliur juga dalam perjalanan balik tu. Makannya sebenarnya hanyalah kentang, tetapi keinginan yang membuatkan aku terliur , sedapp. Malam ini juga, keluarga aku dari KL sampai. Kesian mereka,sampai shj sudah waktu malam harap2 mereka dapat tidur yang cukup untuk majlis esok.

14 August 2009
Hari yang aku tunggu-tunggukan, majlisnya bermula jam 9.00 pg.Tetapi mata ku sudah tercelik pkul 6.15 pg.Setelah selesai bersolat dan bersiap, aku dan keluarga aku bertolak ke USM yang terletak tidak sampai 5 minit pon dari rumah makcikku.
Setelah selesai majlis sempat juga aku bergambar dengan keluarga aku pada waktu itu, aku juga sempat untuk bergambar dengan rakan-rakan yang lain.

Itu sahaja coretanku untuk `Graduation Day`, lihatlah gambar-gambar ringkas yang sempat di tangkap pada waktu-waktu tersebut.

Hari Bersejarah buatku


Cara-cara memakai jubah


cara-cara untuk berbaris


Setelah selesai Raptai

Juga lepas beraptai, tak tau nak buat apa.Melepak je dorang ni

Gambar lagi






Last skali, gambar aku dengan family.Ini tak masuk adik aku skali.Dia tukang tangkap gambar.

Bertemu di lain waktu.

By,
MrEjail