@@@@MrEjail@@@@

Engineer or Photographer??? For Personal Life???

15 Sep 2009

Graduation Day

Posted by Ejail

Salam..

Kembali lagi, untuk kali yang kedua pada hari yang sama.HEHEHEHE.So hari ini aku nak citer sketla psal graduation day aku hari tu.Memang pon dah terlambat sebenarnya tapi aku cerita jela.Saja nak penuhkan post aku ni.Aku sebenarnya dalam keadaan ingat tak ingat ni ,yela graduation aku pon dah lame lepas kan.Dalam bulan August hari tu.14 August kalau nak lebih kepersissannya. Aku sebenarnya mempelajari dalam bidang kejururteraan, dan untuk lagi mendalam Kejuruteraan Aeroangkasa. Hari aku graduat itu memang bermakna bagi aku, tapi nak buat macamanakan gambar pon tak amik banyak.Tambah pulak, hari jumaat masa tu takut tak dapat solat jumaat je.

8 August 2009
Hahahaha, Hari yang paling memenatkan bagi aku.Yela pagi tu seawal jam 630 aku sudah sedar.Memandangkan yang hari ini, aku perlu melalui peperiksaan PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik) di Hotel Heritage KL. Keadaan pagi itu, sangatla lengang tidak banyak kereta seperti pagi-pagi yang sebelumnya memangla hari cuti.Dengan berpakaian kemeja belang biru putih, ber`tie` biru, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam camel active aku sampai dihadapan hotel itu. Beg yang disilangkan di badan ku, aku buka mulutnya dan mengambil surat JPA untuk memastikan yang itu tempat yang betul.Setelah aku masuk aku menjumpai dewan yang akan berlangsungnya peperiksaan itu.Hotel itu berada dalam keadaan yang agak usang, memandangkan liftnya boleh menampakkan mekanikal yang memfungsikan lift itu.Dengan berteraskan kayu hotel itu masih teguh sampai sekarang.
Habisnya peperiksaan aku itu, aku perlu bergegas ke rumah untuk bersiap, memandangkan tren aku dijadualkan berlepas pada pukul 1030 mlm.Memang lama perjalanannya untuk ke pulau pinang jika kita mengambil keretapi, tetapi aku sudah merancang untuk sampai waktu pagi kerana jadual pengambilan jubah grat aku pada waktu itu.

9 August 2009
Sampai di Pulau pinang, aku di jemput oleh sepupuku yang rajin untuk bgun pagi pada hari itu.Aku merasakan seperti menyusahkan dia pula.Selepas itu terus kami pergi bersarapan.Aku menjamah mee sup pagi itu beserta dengan teh tarik.Panas, sangat panas, disebabkan teh tarik yang panas aku berpeluh,hehehehe.
Tepat jam 11 pg lbh, aku ditemani sepupuku pergi ke DTSP utk sesi pengambilan jubah.Setibanya disana ramai sudah rakan2ku yang sudah mengambil jubah.Keadaannya agak sesak juga disebabkan kesemua pelajar mengambil jubah tidak henti2.Aku dapat mengambil jubah dalam masa yang agak singkat, dan sempat untuk berbual2 sekejap dengan rakan2 yang lain.Mereka semua ku dengar dijemput kerumah seorang member ku yang mengadakan `sikit makan2`,aku bercadang untuk tidak pergi kerana tidak dijemput dan lagipon aku ada hal lain yang perlu diselesaikan.Selepas itu, kami bertolak terus ke BJ (Bukit Jambul).

10 august 2009
Hari ini, aku bangun lewat sedikit.Hehehe, biasala kepenatan perjalanan semalam masih terasa.Hari ini, pakcik ku mengajak kami semua ke tesco.Untuk mengambil angin dan membeli sedikit barang keperluan harian. Sambil2 itu, kami sempat untuk makan petang di nasi Kandar Pelita yang berada di dalam tesco. Aku sempat untuk mencuba teh tarik 3 layer yang ada dijual. Sangat menarik dah sedap untuk diminum.

11 August 2009
Hari ini merupakan raptai untuk majlis grat aku, berada di DTSP tepat jam 9pg.Aku melilau2 mencari rakan2 sepasukanku,nasib akhirnya ku jumpa mereka.Selama sejam majlis itu berlangsung, dengan hanya mengunakan para sukarelawan yang dipaksa. Selesai majlis itu, aku bercadang untuk menetap di USM kampus kejuruteraan sehari untuk berjumpa dengan rakan2 yang masih ada disana.Tetapi sebelum itu, aku mengikut Imee dan Hdya untuk ke QueensBay.Kami menemani Imee yang ingin membeli sedikit keperluan peribadinya. Sempat juga kami mengunjungi Sushi King untuk makan malam dan sempat juga menonton `The Proposal`.Menarik ceritanya. Malam menerima kami untuk pulang ke USM Kejuruteraan.
Sampai shj, aku bercadang untuk menetap di bilik Kishi.Memandangkan dia sibuk sedikit malam itu, jadi aku pergi melihat keadaan member aku (PakDin).Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya di bilik kishi.

12 August 2009
Aku balik ke rumah makcik ku dengan menaiki bas USM.Perjalanan yang mengambil masa sejam. Hari ini juga merupakan hari jadi sepupu ku,dia diraikan dengan makan KFC yang lazat.

13 August 2009
Hari ini, Pakcik ku mengajak untuk membelii belah di Giant pula. Kali ini, aku dapat merasa pula bagaimana keadaan di Giant.Tidak pernah ku jejakkan kaki di Giant ini. Dengan membeli makanan yang sedap untuk di makan membuatkan aku terliur juga dalam perjalanan balik tu. Makannya sebenarnya hanyalah kentang, tetapi keinginan yang membuatkan aku terliur , sedapp. Malam ini juga, keluarga aku dari KL sampai. Kesian mereka,sampai shj sudah waktu malam harap2 mereka dapat tidur yang cukup untuk majlis esok.

14 August 2009
Hari yang aku tunggu-tunggukan, majlisnya bermula jam 9.00 pg.Tetapi mata ku sudah tercelik pkul 6.15 pg.Setelah selesai bersolat dan bersiap, aku dan keluarga aku bertolak ke USM yang terletak tidak sampai 5 minit pon dari rumah makcikku.
Setelah selesai majlis sempat juga aku bergambar dengan keluarga aku pada waktu itu, aku juga sempat untuk bergambar dengan rakan-rakan yang lain.

Itu sahaja coretanku untuk `Graduation Day`, lihatlah gambar-gambar ringkas yang sempat di tangkap pada waktu-waktu tersebut.

Hari Bersejarah buatku


Cara-cara memakai jubah


cara-cara untuk berbaris


Setelah selesai Raptai

Juga lepas beraptai, tak tau nak buat apa.Melepak je dorang ni

Gambar lagi






Last skali, gambar aku dengan family.Ini tak masuk adik aku skali.Dia tukang tangkap gambar.

Bertemu di lain waktu.

By,
MrEjail

New Site Open..

Posted by Ejail

Salam.....

Mula-mula nak mntak maafla blog ni tak update sangat, sebabnya pc aku baru je format hari tu.Jadi byk bende yang hilang password pon aku lupa.Biler dah password lupa,mulalah timbul kemalasan yang ada dalam diri ini.Skang nibaru boleh update sket, jadi tgkla ape yang ada ye.

1.Aku baru je buka tab2 (video and picture) yang kat atas tu.Pastu, dalam tab picture tu aku baru je update gambar. Gambar masa dinner tahun hari tu.Tengokla ye, gambar2 lama je.

2.Aku baru je jumpa gambar-gambar lama dengan video-video lama. Video n gambar lama ni suma ada sikit je, tapi nanti aku try la upload kat sini dalam tab tu.

Tu je dulu..

By,
MrEjail

26 Ogo 2009

1st interview

Posted by Ejail

Salam..Dah lama tak post kat sini.Jadi harini, aku nak post dulu la pasal interview aku ari..Memang dah lame pon tp saje baru nak citer sebab malas giler nak menaip kat sini sejak dua menjak ni.Pastu bz sket nak setel pasal JPA punya biasiswa aritu.

So 27 julai 2009, aku dapat offer pergi interview kat Ikramatic System (Aerospace Company), so hari tu aku pergila.Interview start pukul 10 pg mcmtu.Jadi aku dtg la awal sket dgn berkobar2nya dapatla habis kan interview tu dengan mantap.Sampai je melepak kat living room dia.Syarikat dia tak besar sangat, tapi kira okeyla achivement diorang stakat ni.Dalam tepat kul 10, aku di panggil dengan one girl ni.Girl ini, tak byk ckp sgt sebab die sakit tekak susah nak bercakap sketla die.Lepas tu masuk dua orang interview dia.Interviewers dia kata ada 3 stage yang kitorang kene lalui.1st meeting dengan dua2 interview ini, then dengan bos last2 kene buat exam.hahaha.On the same time, aku terkejut giler.first time interview la kn.hahaha

Jadi aku kemudian di interview oleh dua interviewers tadi.Sorang lagi minah tu pergi jumpa bos.Habis-habisan aku di tanya pasal semua benda yang aku belajar, pasal matlab la, pasal catia la.Bgtau dia cari nak buat botol guna catia la.Guna simulink dalam matlab la.memang mcm2.Pening otak aku dia buat nya kjap.Yela, dah 2 bulan tak memerah otak, asyik melepak kat rumah je.hahahaha.

Lepas tu plak, aku pergi jumpe bos dia plak.Mula2 aku sangat la cuak giler sebab takut bos dia sorang yang sangatla strict.Skali aku masuk, okey je bos dia.Siap tanya aku lagi, minat main bola tak.hehehememang aku minat la.jumpa bos dia pon kejap je tak de la lame sgt dalam 30 min mcm tu.berbanding dengan 1st interview tadi tu, sejam lebih.hahahaha.

Last kali kitorang kene buat exam, hahahaha.Aku memang tak ingat ape2 lagi da pasal bende2 yang aku da blajar.tapi dapat la recall sket2 masa exam tu.Exam tu pon dalam 35 minit la.

Keseluruhan interview tu berakhir pada pkul 2 petang..Bayangkan la interview start pukul 10 boleh habis pukul 2 petang lame giler, itu hanya untuk 2 orang je tau, bukan ramai pon.

Stakat ini jela dulu, nanti aku ubuh plak pasal aku convo.hehehe.Nak letak video la plaknak g amik jap kat Web USM.hehehe.bye..

By,
MrEjail

3 Ogo 2009

Jadi ke tak jadi?

Posted by Ejail

salam,
harap semua dalam keadaan yang sihat2 belaka.Macam yang semalam aku cakap, aku ingat nak keluar pergi membeli kasut baru tadi.Tapi aku dalam keadaan yang sangatla malas, langsung tak jadi nak keluar pergi ke KL tadi.Last2 aku pergi Tesco Ampang je mencari kasut tapi malangnya tiada yang menarik perhatian aku.Disebabkan hanya 1 kedai kasut je yang ada kat situ, maka, itula tempat aku bergantung untuk beli kasut.Kedai B***,jenama yang aku tak berapa minat sangat sebenarnya.Bila masuk je kedai, aku cuba belek2 kasut dia.Tengok kat dalam kasut tu sendiri, ada benang tapak dalam kasut tu da tercabut.Aku tergelak je dalam hati,kurangnya kualiti dia.Harga bolehla, lebih kurang rm60 gakla.Tapi aku sedih dengan kualiti, aku tak nak jadi macam selipar aku Dr. Cardin yang aku beli kat Alor Setar aritu.Baru je pkai seminggu,tapak nak tercabut dah.Terpaksa la aku anta pergi jumpa cobbler aku.Dia cabut tapak selipar aku tu skali tarik je, terbahgi dua terus antara tapak dengan tempat sarung.Masa tu aku sedih jugakla, selipar rm 36 tapi senang gler tercabut.Baik aku beli selipar yang belas2 ringgit je tahan lama lagi tu, macam satu selipar rm 6 beli kat pasar malam pkai 2 bulan baru tercabut tapak.Macam tu kira okeyla aku tak kisah.Aku hanya pentingkan kualiti, malas nak membuang duit and masa aku kerana benda yang dibeli tak de kualiti.

Jadi esok maybe baru aku keluar pergi KL untuk mencari kasut yang berkualiti.Kebelakangan ini, aku cerewet sket beli barang sebab nak kualiti je semua.Semua ini disebabkan oleh selipar aku yang berlagak padahal sebenarnya murah.Jadi esokla, perginya aku ke KL.

Esok jugak aku nak ke Cheras lagi, untuk kembali menebas dengan Pro.Kali ini, memang kena hentam gler2 punya la.Aku kena pergi pukul 3 ptg (lbh kurang macam tu la,rasanya insyAllah),pastu kena balik malam lepas Isyak.Harap2 aku takla hitam esok memandangkan pkul 3 tu sangatla terik mataharinya.

Jadi sampai sini jela dulu, apa-apa hal nanti aku bagitau lagi kat sini.

By,
MrEjail

2 Ogo 2009

Kasut baru?Menebas?Ape ni?

Posted by Ejail

Salam,
kembali lagi hari ini.Aku terpikir pasal kasut casual aku yang aku selalu pakai sejak dari USM dulu sampai sekarang.Dah teruk gler klau dilihat dari pandangan mata kasar.Jadi,aku bercadang ingin beli kasut baru esok,tapi kasut yang macamane nak di beli pon masih tak tau lagi.Lepas tu, aku pon terasa nak beli jugakla kasut kulit.Yela, time pegi interview hari tu, aku pau je kasut ayah aku.hahaha, dah la tie pon aku sebat gak.Nasib baikla baju kemeja,suar slack, n stokin sume aku punye.Memandangkan aku nak graduate dah tak lame lagi,(14th august 2009)jadi kene la beli jugak kan.Maybe esok la aku kuar kejap, g TS or Mid or Klcc.Adeiiii, aku ni nak kuar tapi tak taula nak decide nak pergi mane plak,tengokla esok.

Aku baru teringat, sejak kebelakangan ni aku dah menceburi bidang baru.Bagi memenuhi masa lapang aku, aku ada gakla pergi driving range sejak dua menjak ni.Bosan2, pergi la menebas(Golf) kat atas karpet kat pandan perdana.(Dekat je dengan rumah aku)Biasanye rabu malam la hari target aku untuk pergi menebas.tapi kadang2 tukar2 hari jugak hehehe.Tapi bermulanye minggu lepas, aku mungkin pergi ke cheras untuk menebas.Sebabnya adalah ada pakcik yang Pro menebas ni, nak mengajar aku cara menebas yang betul.Aku dah pergi minggu lepas sekali, memang best gler.Biasanye kalau balik mesti sakit pingang sket2 la, tapi balik je dari pakcik Pro menebas tu memang tak sakit pingang langsung.Aku rasa macam aku tak pergi menebas pon, padahal nak dekat 200 bola tu aku tebas..Memang giler,sbb biase 100 bola je dah sakit2 pingang.Lepas ni, aku pergi lagi la nampaknya.Aku nak try jadi Pro menebas pulak, nnt boleh lawan menebas dengan En Tiger and boleh masuk TV.hehehe, berangan je lebih aku ni..hahaha..

Okeyla sampai disini dulu, nanti aku cerita macamane aku lalui interview yang pertama dalam hidup aku.Kene buat 3 plak tu,2 kali interview and 1 ujian untuk interview.Nak tau kat mane aku interview?Dengan sape aku berinterview? and Berape lame aku interview?Tunggula, aku akan cuba rungkai kan sket2.First interview aku je dah kene ganas2 tu.hahaha, sehingga berjumpa lagi.

By,
MrEjail

31 Jul 2009

Cerahkan mata Part 2

Posted by Ejail

Salam,
apa khabar uols, so hari ini aku nak citer sketla pasal product permata hijrah yang boleh membaiki mata kita tu insyallah.Stakat ini, I already worn it for about a week now.Perkembangan die okeyla, ade turun sket power.Semalam aku pergi check mata kat my special place Charis Optical, memang member dengan tempat ini la.Cadangnya nak pergi situ nak purchase nie spec la, bcoz of my spec currently now got a crack a little bit.Not just a crack, smpai pecah gakla sket and ada la lubang sket sumenya terjadi pada kaca die not the frame.Memandangkan spec aku ni dah lama sket, jadi nak tukar semua skali la.Purchase new lense and new frame, jadi kene la nak check power mata brape.

Dalam pale otak aku mase tu, pikir harap2 ubat permata hijrah tu ade la kesan sket.Sampai je kat situ,trus uncle trus ajak check mata. Mula-mula check la mata gune machine yang tembang trus kat mata, dalam beberapa minit je boleh tau result.And then, result pon keluar menunjukkan power mata aku on the right side ada kurang sket. Kurang dalam 25 macam tu, hahaha, mase tu aku tergelak je kat uncle tu sebab uncle tu pikir macam pelik sket.Sebab dia ada rekod last time power mata aku berapa, L(600) and R(575).Tapi result yang dia dapat adalah L(600) and R(550), dia tengok result macam pelik and then dia cakap,"its okey, we make another test".

This time he brought me into a checking room.Bilik ni memang penuh dengan alatan check mata.Pastu kene pakai spec mata khas yang boleh ubah2 power la.Kali ini, dia check result pon same gak, hahaha.Aku tersenyum memanjang je, sebab usaha aku kurang kan power berkesan sket.Alhamdulillah, ada kurang.Aku rasa lepas ni, aku nak pakai ubat permata hijrah ni sampai mata aku baik, insyAllah.

Aku syorkan korang tryla pakai ubat permata hijrah ni, insyAllah boleh kurang power.Aku memang dah pakai selama seminggu, setakat ni dah kurang 25 power aku.hehe, 25, banyak tu.Sampai sini dulu, aku nak pergi pakai ubat permata hijrah ini.

Salam.

By,
MrEjail

24 Jul 2009

Letter of Examination

Posted by Ejail

Salam,

hi all, today I receive a letter from SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).It is about the PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik) job.Actually,I applied that job on middle of last month by filling the online form on the SPA website.I just surprised to receive the letter today.The letter was about the exam for the PTD job and it will be held on 8th August 2009, from 9.00 a.m until 4.30 p.m.I need to face 5 different types of exam.Haha, so many exam on the same day.Even during my studies, I only had one exam in one day.I hope that I can pass this to proceed to the next level.

Actually, to be a PTD for the goverment U need to face many types of challenge, one of it is this examination.After that it will be the interviews, fitness test, and others(i could not remember everything of it).Why do PTD job need to be test like this?This is because the PTD will be the representative for the goverment, so PTD must be the one that is good in various of things, such as leadership, and others.It is like the person must be perfect in all the aspect the goverment wants to.

5 examinations in one day, haha.The problem now is that I dont know what is the syllabus to stdy for this exam.I will try to us my cousin about it, because she had taken the examination last time.

The exam will be held at the Heritage hotel in KL,near the train station I think.I hope I can do it very well, and pray for me.Well, that`s all for today.

By,
MrEjail

20 Jul 2009

2 perfumes suggested for the ladies

Posted by Ejail

Salam,

Hi to all, today i decided to type in english, because I feel like wanted to type in english.I just want to tell u all about 2 new perfumes that was bought by one of my family members.These perfumes I think it is very suitable for those girls who wanted to try new good and high quality perfumes.

The first perfume I recommend to U all is the Chanel N5.This perfume actually one of the famous perfume last time, but it is still famous until now.I think there the smell is very suitable for all ladies.It smells good and refresh i guess,hahaha.

The other one is by BVL Omnia Jade. The smells seems good to me and I like it very much.Most of the BVL perfumes is good and has high quality.

This one I recommend all girls,it is from Elizabeth Arden Green Tea perfume.This one its smells good any I like it.If any girls that using it, maybe I will take it as my favourite girl.hahahaha.

So if any girls out there are searching for a good and quality perfumes try to go and test those above perfumes.I suggest go to the nearest stores and try to test the smells first, i think u all will like it.










By,
MrEjail

Man U 3-2 Malaysia xi

Posted by Ejail

Salam,

Hahaha, apabila aku tengok tajuk ni je aku rasa nak tergelak,walaupon Malaysia dapat menjaringkan 2 gol melepas kedua-dua penjaga gol Man U.Tapi apa pon tahniah la Malaysia kerana perlawanan persahabatan yang sangat bagus.Pemain Malaysia semua agak bersemangat, Terutama Amri Yahya yang menjaringkan kedua-dua gol.

Aku tak tengok kat stadium pon sebab malas nak pergi tengok, tengok kat stadium rumah aku pon takpe(a.k.a rumah aku la).Tengok dengan ayah aku pon cukup terhibur.Aku suke tengok Malaysia sekarang ni main, nampak macam dah maju sikit la.Permainan pon laju, Man U plak aku tengok diorang ni macam malas nak main je mula2 mungkin dieorang ni penat sket sebab perbezaan waktu dengan waktu Eropah.

Malam ni, ada lagi perlawanan Malaysia vs Man U buat kali kedua, ini berikutan pembatalan perlawanan Man U dengan Indonesia. Iyela, hotel yang ManU nak duduk kat Indonesia dah kena bom.Takutla dia orang nak datang. Jadi ada la peluang kita tengok rematch antara Malaysia dengan Man U malam ni.




Perkara: Man U VS Malaysia
Waktu: 8.45 p.m.
Hari : Isnin (20th July 2009)
Tempat: Stadium Bukit Jalil


Jom tengok game malam ni,harap - harap persembahan lagi menarik la.


By
MrEjail

19 Jul 2009

Adidas New Limited Edition

Posted by Ejail

Salam,

Hari tu, pergi KLCC kejap dengan member.Mula2 tu dah sampai sorang2 member tak sampai lagi.Jadi pergila tengok kat guardian ada deodorant Adidas yang biase saya pakai(Ice Dive).Skali ada pulak promosi on Adidas latest produk, Adidas Fresh Impact. Apa yang bestnya,ini adalah latest produk la.Akak tu yang offer mula2, ingatkan tak nak beli, tapi, last2 beli jugak memandangkan bau die sangat best and agak murah la, rm36.90 satu set deodorant and minyak wangi dia.Best jugakla, tapi terbanglah jugak duit sket, hehehe.

Bau dia okey, and sangat memuaskan, cuma dia tak boleh tahan 24jam la.Ala biase la,rm36.90 je.Tak la macam dulu, ada perfume yang saya pakai chanel namanya (Chanel Allure Homme Sport)Ini pon rm 180,tapi memang perfect.Bau tahan 24 jam dan sangat wangi.Kenap saya tak beli perfume ini lagi??Ohh, memandangkan kekurangan dari segi kewangan jadi saya memilih untuk membeli perfume biasa.

Itu sahaja dari saya.Tapi sebelum itu, renungkanla gambar-gambar di bawah ini.







By,
MrEjail

Hari ini dalam sejarah..

Posted by Ejail

Salam.
Haha, tajuk macam la saya dah ade cipta sejarah.Sebenarnya nak menceritakan yang hari ini 19 julai 2009(ahad), telah saya jejakkan kaki saya sendiri di putrajaya berbekal member(BEE,bukan nama sebenar) yang ada kat cyberjaya. Dia yang bwk aku pergi Alamanda putrajaya.HAHAHA, sepanjang Putrajaya ada aku tak pernah pergi pon putrajaya, walaupon rumah dekat je dengan Putrajaya (KL la mane lg, tempat yang pnuh dengan lembaga manusia).Sejarah pon ada tercipta lagi, dimana aku yang duduk KL pon tak tau yang KL Transit tu dah ade lame da.HAHAHA, Teruk tul orang KL ni. Jadi buat kali pertamanya aku menaiki KL Transit ni ke Putrajaya.Harga tiket die pon boleh tahan gakla,menghampiri rm10(RM9.50) dari KL sentral ke Putrajaya Central. Boleh tahan naku cukup minat dengan tren die, nak tau sebab ape?Sebab yang pertama, tempat duduk die sngat comfortable and very convenien(tibai je eja ni).aku memang puas hati gler la duduk. Sebab yang kedua adalah waktu bagi tren adalah sangat tepat, bukan macam waktu orang Malaysia janji kul 8, 8.15 smpai.Tapi seriusly memang tepat, sebab die ade countdown die, brape minit lg tren akan sampi.Biler die tulis 1min lg tren akan smpai orang yang umum tu dah sound awal2 keretapi tu nak dtg.Pas tu time, 0 min je memang betul2 keretapi tu dah ade.Macam tu la jugak biler keretapi tu bertolak.Actually keretapi ni just sesuai utk org yang nk pegi KLIA trus, sbb die memang akan smpai ke KLIA.

Lagi satu sejarah, iyela aku xpenah pergi pon putrajaya. Jadi aku ingat KL je ade central, rupe2nya Putrajaya pon ada Central.hahaha, Banyak bnde aku blajar arini. Satu lagi bnde best ialah, member aku ni baik hati sgt die belanje aku tgk wayang citer Public Enemy, siap mkn popcorn n air sprite, pastu belanja makan Burger King.HEHE, best2 thanks to her.Nanti kalau aku kaya nnt aku belanja ko balik ye,Insyallah.

Tu jelah sejarah untuk hari ini,hahaha.Alhamdullilah aku dapatla belajar lebih sket perkembangan di KL ni, bende2 yang xtau boleh belajar ye tak..hehehe.Sampai sini je dulu cerita ini, lainkali aku story lagi..

By,
MrEjail

Cerahnya mata anda...

Posted by Ejail

Salam..
Dah lama tak tulis blog ni.. Dulu klau baca pon ayat skema kan, skang ni guna pasar la.Susah sangat nak menaip dengan bahase skema tu.Tajuk hari ini adalah mata cerah.Haha,mata cerah ni sbnarnya tajuk yang nak dikongsikan dengan korang semua macam mane nak pulihkan mata kita yang sbnarnye sakit ini.Yela, dah tiap2 hari mengadap komputer and tv.Mata pon nak rehatla kan. Saya nak syorkan la kat semua orang cubalah pkai produk mata ni, produk permata hijrah.Saya rase banyak kelebihan and boleh cerah kan mata anda kembali, Insyallah.

Produk2 yang dihasilkan oleh dua orang tabib ni banyak produk berkenaan dengan mata.Antara penyakit2 mata yang Insyallah boleh diubati adalah katarak, mata silau, glukoma, and macam2 lagi. Bagi orang yang ade power dan menggunakan spec pon boleh cuba untuk mengurangkan power mereka.

Kebanyakkan testimonial memberitahu yang produk ini bagus dan rami juga yang berjaya mengurangkan power mata mereka(alhamdullilah).Nasihat saya anda cubalah, walaupon saya ni baru je nak mencubanya.hehehe.


Kalau anda nak tau lebih lanjut boleh la ke website permatahijrah.com, disini anda cuba la contact dengan ustaz2 yang ada kat situ.Akhir kata, selamat mencuba.

By,
MrEjail

31 Mei 2009

Bagaimana mengurangkan saiz peha anda..

Posted by Ejail

Salam,

Saya baru je melawati laman web tentang tajuk diatas. Things that came across my mind yesterday, boleh ke kite mengurangkan kebesaran peha kita ini. Jawapannya memang boleh, tetapi kene la anda membuat sedikit pengorbanan. Pengorbanan interms of exercising. Kerana, based on what i have search just now. Ingin mengurangkan lemak di peha hanya la melalui constant exercising. Cara lain mungkin ada, tetapi yang terbaik adalah hanya exercise.Jadi ingin saya memberi petua exercise yang boleh mengurangkan lemak di peha anda.

Exercise 1:
Baringkan badan anda di atas lantai, kemudian buatkan kaki anda seperti sedang mengayuh basikal di udara. Anda hanya mengerakkan kaki anda seolah2 anda mengayuh basikal. Buat senaman ini selama beberapa minit. Jika penat, anda boleh merehatkan kaki anda sementara.Kemudian boleh sambung kembali membuatnya.

Exercise 2: Squat
Squat ini adalah pergerakan seperti ketuk ketampi.Anda perlu berdiri tegak,kemudian anda letakkan tangan anda secara bersilang, permukaan tangan kanan diatas bahu kiri, dan permukaan tangan kiri diatas bahu kanan.Seterusnya, anda turun dan duduk cangkung.Tangan still in the earlier position.In this exercise also, anda tidak boleh menipu. Dimana kebiasaannya orang membuatnya dengan mencangkung diatas bahagian hadapan kaki. Anda sepatutnya mencangkung diatas seluruh tapak kaki.Ini boleh menambah kesan yang baik bagi exercise ini.Selepas itu, anda hanya perlu mengulangi dengan mencangkung dan bangun untuk berdiri.

Saya sudah pon mencubanya 1 hari, dan ianya sangat bagus.Baru satu hari mencuba sudah terasa kesannya.Bagi saya, senaman ini memang berkesan.Jika tidak berkesan saya meminta maaf dahulu.jangan lupa untuk melakukan regangan sebelum melakukannya.

Selamat mencuba..

BY,
MrEjail

29 Mei 2009

Wallpaper yang menarik mane dapat??

Posted by Ejail




Salam,
Kembali lagi hari. Hari ini saya ingin mengemukakan satu website, website ini mampu memberi peluang kepada anda memperolehi wallpaper baru yang menarik2.Kesemua wallpaper di website ni sangat menarik.Dalam website ini juga mempunyai pelbagai category yang boleh diklasskan. Bagi remaja2 hari ini yang inginkan gambar- gambar menarik bolehlah melihatnya di website devianart.com.Website ini sebenarnye menjual gambar-gambar wallpaper yang menarik, ada juga wallpaper yang boleh didapati secara percuma.Disini anda boleh bertukar-tukar gambar.Ramai pengguna di website ini menunjukkan gambar-gambar menarik mereka.

Masuklah di website DeviantArt, memang terdapat pelbagai gambar2 wallpaer yang menarik.Malah boleh mendorong anda membuat koleksi wallpaper anda sendiri.Bagi anda yang pandai melukis atau mereka gambar-gambar menarik dan ingin menjualnya, anda boleh juga menjualnya disini.

Dibawah ni saya sertakan beberapa gambar yang menarik dari website DeviantArt.



Menarikkan, jadi kalau anda ingin melihat gambar2 menarik lagi, silalah ke website DeviantArt.com


By,
-MrEjail-

28 Mei 2009

Kemenagan kepada BARCELONA

Posted by Ejail



SALAM,

berita yang mengembirakan bagi penyokong bola sepak barca@ barcelona apabila final piala liga-liga juara eropah telah dimenangi oleh barcelona hari ini dengan agregat 2-0. Kemenangan itu membuatkan jurulatih pep guardiola bergembira dengan tiga gelaran juara pada musim ini.

Saya sendiri yang melihat perlawanan semalam sungguh tidak percaya kemenangan berpihak pada barcelona. Tetapi, kemenangan itu memeang sepatutnya milik mereka kerana Pasukan lawan mereka Manchester United(MU) tidak dapat menyerang dengan berbahaya dalam 90 minit masa perlawanan. Dalam perlawanan tersebut, pasukan MU tidak dapat berbuat apa2 dengan kekentalan benteng petahanan pasukan barcelona. Memang menakjubkan, kerana benteng barcelona yang ditunjangi oleh bekas pemain MU, pique memang hebat. Malah serangan juga sesekali berjaya membahayakan pintu gol MU.

Jaringan oleh samuel Eto'o dan messi ckup untuk barcelona menang.hahaha. Aku sangat gembira hari ini sebab MU dah kalah.Meang harapkan MU kalah je.hehehe.Penyokong MU bersabarlah, tahun hadapan ada lagi.



BY,
-MrEjail-