@@@@MrEjail@@@@

Engineer or Photographer??? For Personal Life???

20 Jul 2009

Man U 3-2 Malaysia xi

Posted by Ejail

Salam,

Hahaha, apabila aku tengok tajuk ni je aku rasa nak tergelak,walaupon Malaysia dapat menjaringkan 2 gol melepas kedua-dua penjaga gol Man U.Tapi apa pon tahniah la Malaysia kerana perlawanan persahabatan yang sangat bagus.Pemain Malaysia semua agak bersemangat, Terutama Amri Yahya yang menjaringkan kedua-dua gol.

Aku tak tengok kat stadium pon sebab malas nak pergi tengok, tengok kat stadium rumah aku pon takpe(a.k.a rumah aku la).Tengok dengan ayah aku pon cukup terhibur.Aku suke tengok Malaysia sekarang ni main, nampak macam dah maju sikit la.Permainan pon laju, Man U plak aku tengok diorang ni macam malas nak main je mula2 mungkin dieorang ni penat sket sebab perbezaan waktu dengan waktu Eropah.

Malam ni, ada lagi perlawanan Malaysia vs Man U buat kali kedua, ini berikutan pembatalan perlawanan Man U dengan Indonesia. Iyela, hotel yang ManU nak duduk kat Indonesia dah kena bom.Takutla dia orang nak datang. Jadi ada la peluang kita tengok rematch antara Malaysia dengan Man U malam ni.




Perkara: Man U VS Malaysia
Waktu: 8.45 p.m.
Hari : Isnin (20th July 2009)
Tempat: Stadium Bukit Jalil


Jom tengok game malam ni,harap - harap persembahan lagi menarik la.


By
MrEjail