@@@@MrEjail@@@@

Engineer or Photographer??? For Personal Life???

15 Sep 2009

Graduation Day

Posted by Ejail

Salam..

Kembali lagi, untuk kali yang kedua pada hari yang sama.HEHEHEHE.So hari ini aku nak citer sketla psal graduation day aku hari tu.Memang pon dah terlambat sebenarnya tapi aku cerita jela.Saja nak penuhkan post aku ni.Aku sebenarnya dalam keadaan ingat tak ingat ni ,yela graduation aku pon dah lame lepas kan.Dalam bulan August hari tu.14 August kalau nak lebih kepersissannya. Aku sebenarnya mempelajari dalam bidang kejururteraan, dan untuk lagi mendalam Kejuruteraan Aeroangkasa. Hari aku graduat itu memang bermakna bagi aku, tapi nak buat macamanakan gambar pon tak amik banyak.Tambah pulak, hari jumaat masa tu takut tak dapat solat jumaat je.

8 August 2009
Hahahaha, Hari yang paling memenatkan bagi aku.Yela pagi tu seawal jam 630 aku sudah sedar.Memandangkan yang hari ini, aku perlu melalui peperiksaan PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik) di Hotel Heritage KL. Keadaan pagi itu, sangatla lengang tidak banyak kereta seperti pagi-pagi yang sebelumnya memangla hari cuti.Dengan berpakaian kemeja belang biru putih, ber`tie` biru, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam camel active aku sampai dihadapan hotel itu. Beg yang disilangkan di badan ku, aku buka mulutnya dan mengambil surat JPA untuk memastikan yang itu tempat yang betul.Setelah aku masuk aku menjumpai dewan yang akan berlangsungnya peperiksaan itu.Hotel itu berada dalam keadaan yang agak usang, memandangkan liftnya boleh menampakkan mekanikal yang memfungsikan lift itu.Dengan berteraskan kayu hotel itu masih teguh sampai sekarang.
Habisnya peperiksaan aku itu, aku perlu bergegas ke rumah untuk bersiap, memandangkan tren aku dijadualkan berlepas pada pukul 1030 mlm.Memang lama perjalanannya untuk ke pulau pinang jika kita mengambil keretapi, tetapi aku sudah merancang untuk sampai waktu pagi kerana jadual pengambilan jubah grat aku pada waktu itu.

9 August 2009
Sampai di Pulau pinang, aku di jemput oleh sepupuku yang rajin untuk bgun pagi pada hari itu.Aku merasakan seperti menyusahkan dia pula.Selepas itu terus kami pergi bersarapan.Aku menjamah mee sup pagi itu beserta dengan teh tarik.Panas, sangat panas, disebabkan teh tarik yang panas aku berpeluh,hehehehe.
Tepat jam 11 pg lbh, aku ditemani sepupuku pergi ke DTSP utk sesi pengambilan jubah.Setibanya disana ramai sudah rakan2ku yang sudah mengambil jubah.Keadaannya agak sesak juga disebabkan kesemua pelajar mengambil jubah tidak henti2.Aku dapat mengambil jubah dalam masa yang agak singkat, dan sempat untuk berbual2 sekejap dengan rakan2 yang lain.Mereka semua ku dengar dijemput kerumah seorang member ku yang mengadakan `sikit makan2`,aku bercadang untuk tidak pergi kerana tidak dijemput dan lagipon aku ada hal lain yang perlu diselesaikan.Selepas itu, kami bertolak terus ke BJ (Bukit Jambul).

10 august 2009
Hari ini, aku bangun lewat sedikit.Hehehe, biasala kepenatan perjalanan semalam masih terasa.Hari ini, pakcik ku mengajak kami semua ke tesco.Untuk mengambil angin dan membeli sedikit barang keperluan harian. Sambil2 itu, kami sempat untuk makan petang di nasi Kandar Pelita yang berada di dalam tesco. Aku sempat untuk mencuba teh tarik 3 layer yang ada dijual. Sangat menarik dah sedap untuk diminum.

11 August 2009
Hari ini merupakan raptai untuk majlis grat aku, berada di DTSP tepat jam 9pg.Aku melilau2 mencari rakan2 sepasukanku,nasib akhirnya ku jumpa mereka.Selama sejam majlis itu berlangsung, dengan hanya mengunakan para sukarelawan yang dipaksa. Selesai majlis itu, aku bercadang untuk menetap di USM kampus kejuruteraan sehari untuk berjumpa dengan rakan2 yang masih ada disana.Tetapi sebelum itu, aku mengikut Imee dan Hdya untuk ke QueensBay.Kami menemani Imee yang ingin membeli sedikit keperluan peribadinya. Sempat juga kami mengunjungi Sushi King untuk makan malam dan sempat juga menonton `The Proposal`.Menarik ceritanya. Malam menerima kami untuk pulang ke USM Kejuruteraan.
Sampai shj, aku bercadang untuk menetap di bilik Kishi.Memandangkan dia sibuk sedikit malam itu, jadi aku pergi melihat keadaan member aku (PakDin).Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya di bilik kishi.

12 August 2009
Aku balik ke rumah makcik ku dengan menaiki bas USM.Perjalanan yang mengambil masa sejam. Hari ini juga merupakan hari jadi sepupu ku,dia diraikan dengan makan KFC yang lazat.

13 August 2009
Hari ini, Pakcik ku mengajak untuk membelii belah di Giant pula. Kali ini, aku dapat merasa pula bagaimana keadaan di Giant.Tidak pernah ku jejakkan kaki di Giant ini. Dengan membeli makanan yang sedap untuk di makan membuatkan aku terliur juga dalam perjalanan balik tu. Makannya sebenarnya hanyalah kentang, tetapi keinginan yang membuatkan aku terliur , sedapp. Malam ini juga, keluarga aku dari KL sampai. Kesian mereka,sampai shj sudah waktu malam harap2 mereka dapat tidur yang cukup untuk majlis esok.

14 August 2009
Hari yang aku tunggu-tunggukan, majlisnya bermula jam 9.00 pg.Tetapi mata ku sudah tercelik pkul 6.15 pg.Setelah selesai bersolat dan bersiap, aku dan keluarga aku bertolak ke USM yang terletak tidak sampai 5 minit pon dari rumah makcikku.
Setelah selesai majlis sempat juga aku bergambar dengan keluarga aku pada waktu itu, aku juga sempat untuk bergambar dengan rakan-rakan yang lain.

Itu sahaja coretanku untuk `Graduation Day`, lihatlah gambar-gambar ringkas yang sempat di tangkap pada waktu-waktu tersebut.

Hari Bersejarah buatku


Cara-cara memakai jubah


cara-cara untuk berbaris


Setelah selesai Raptai

Juga lepas beraptai, tak tau nak buat apa.Melepak je dorang ni

Gambar lagi






Last skali, gambar aku dengan family.Ini tak masuk adik aku skali.Dia tukang tangkap gambar.

Bertemu di lain waktu.

By,
MrEjail

New Site Open..

Posted by Ejail

Salam.....

Mula-mula nak mntak maafla blog ni tak update sangat, sebabnya pc aku baru je format hari tu.Jadi byk bende yang hilang password pon aku lupa.Biler dah password lupa,mulalah timbul kemalasan yang ada dalam diri ini.Skang nibaru boleh update sket, jadi tgkla ape yang ada ye.

1.Aku baru je buka tab2 (video and picture) yang kat atas tu.Pastu, dalam tab picture tu aku baru je update gambar. Gambar masa dinner tahun hari tu.Tengokla ye, gambar2 lama je.

2.Aku baru je jumpa gambar-gambar lama dengan video-video lama. Video n gambar lama ni suma ada sikit je, tapi nanti aku try la upload kat sini dalam tab tu.

Tu je dulu..

By,
MrEjail

26 Ogo 2009

1st interview

Posted by Ejail

Salam..Dah lama tak post kat sini.Jadi harini, aku nak post dulu la pasal interview aku ari..Memang dah lame pon tp saje baru nak citer sebab malas giler nak menaip kat sini sejak dua menjak ni.Pastu bz sket nak setel pasal JPA punya biasiswa aritu.

So 27 julai 2009, aku dapat offer pergi interview kat Ikramatic System (Aerospace Company), so hari tu aku pergila.Interview start pukul 10 pg mcmtu.Jadi aku dtg la awal sket dgn berkobar2nya dapatla habis kan interview tu dengan mantap.Sampai je melepak kat living room dia.Syarikat dia tak besar sangat, tapi kira okeyla achivement diorang stakat ni.Dalam tepat kul 10, aku di panggil dengan one girl ni.Girl ini, tak byk ckp sgt sebab die sakit tekak susah nak bercakap sketla die.Lepas tu masuk dua orang interview dia.Interviewers dia kata ada 3 stage yang kitorang kene lalui.1st meeting dengan dua2 interview ini, then dengan bos last2 kene buat exam.hahaha.On the same time, aku terkejut giler.first time interview la kn.hahaha

Jadi aku kemudian di interview oleh dua interviewers tadi.Sorang lagi minah tu pergi jumpa bos.Habis-habisan aku di tanya pasal semua benda yang aku belajar, pasal matlab la, pasal catia la.Bgtau dia cari nak buat botol guna catia la.Guna simulink dalam matlab la.memang mcm2.Pening otak aku dia buat nya kjap.Yela, dah 2 bulan tak memerah otak, asyik melepak kat rumah je.hahahaha.

Lepas tu plak, aku pergi jumpe bos dia plak.Mula2 aku sangat la cuak giler sebab takut bos dia sorang yang sangatla strict.Skali aku masuk, okey je bos dia.Siap tanya aku lagi, minat main bola tak.hehehememang aku minat la.jumpa bos dia pon kejap je tak de la lame sgt dalam 30 min mcm tu.berbanding dengan 1st interview tadi tu, sejam lebih.hahahaha.

Last kali kitorang kene buat exam, hahahaha.Aku memang tak ingat ape2 lagi da pasal bende2 yang aku da blajar.tapi dapat la recall sket2 masa exam tu.Exam tu pon dalam 35 minit la.

Keseluruhan interview tu berakhir pada pkul 2 petang..Bayangkan la interview start pukul 10 boleh habis pukul 2 petang lame giler, itu hanya untuk 2 orang je tau, bukan ramai pon.

Stakat ini jela dulu, nanti aku ubuh plak pasal aku convo.hehehe.Nak letak video la plaknak g amik jap kat Web USM.hehehe.bye..

By,
MrEjail

3 Ogo 2009

Jadi ke tak jadi?

Posted by Ejail

salam,
harap semua dalam keadaan yang sihat2 belaka.Macam yang semalam aku cakap, aku ingat nak keluar pergi membeli kasut baru tadi.Tapi aku dalam keadaan yang sangatla malas, langsung tak jadi nak keluar pergi ke KL tadi.Last2 aku pergi Tesco Ampang je mencari kasut tapi malangnya tiada yang menarik perhatian aku.Disebabkan hanya 1 kedai kasut je yang ada kat situ, maka, itula tempat aku bergantung untuk beli kasut.Kedai B***,jenama yang aku tak berapa minat sangat sebenarnya.Bila masuk je kedai, aku cuba belek2 kasut dia.Tengok kat dalam kasut tu sendiri, ada benang tapak dalam kasut tu da tercabut.Aku tergelak je dalam hati,kurangnya kualiti dia.Harga bolehla, lebih kurang rm60 gakla.Tapi aku sedih dengan kualiti, aku tak nak jadi macam selipar aku Dr. Cardin yang aku beli kat Alor Setar aritu.Baru je pkai seminggu,tapak nak tercabut dah.Terpaksa la aku anta pergi jumpa cobbler aku.Dia cabut tapak selipar aku tu skali tarik je, terbahgi dua terus antara tapak dengan tempat sarung.Masa tu aku sedih jugakla, selipar rm 36 tapi senang gler tercabut.Baik aku beli selipar yang belas2 ringgit je tahan lama lagi tu, macam satu selipar rm 6 beli kat pasar malam pkai 2 bulan baru tercabut tapak.Macam tu kira okeyla aku tak kisah.Aku hanya pentingkan kualiti, malas nak membuang duit and masa aku kerana benda yang dibeli tak de kualiti.

Jadi esok maybe baru aku keluar pergi KL untuk mencari kasut yang berkualiti.Kebelakangan ini, aku cerewet sket beli barang sebab nak kualiti je semua.Semua ini disebabkan oleh selipar aku yang berlagak padahal sebenarnya murah.Jadi esokla, perginya aku ke KL.

Esok jugak aku nak ke Cheras lagi, untuk kembali menebas dengan Pro.Kali ini, memang kena hentam gler2 punya la.Aku kena pergi pukul 3 ptg (lbh kurang macam tu la,rasanya insyAllah),pastu kena balik malam lepas Isyak.Harap2 aku takla hitam esok memandangkan pkul 3 tu sangatla terik mataharinya.

Jadi sampai sini jela dulu, apa-apa hal nanti aku bagitau lagi kat sini.

By,
MrEjail

2 Ogo 2009

Kasut baru?Menebas?Ape ni?

Posted by Ejail

Salam,
kembali lagi hari ini.Aku terpikir pasal kasut casual aku yang aku selalu pakai sejak dari USM dulu sampai sekarang.Dah teruk gler klau dilihat dari pandangan mata kasar.Jadi,aku bercadang ingin beli kasut baru esok,tapi kasut yang macamane nak di beli pon masih tak tau lagi.Lepas tu, aku pon terasa nak beli jugakla kasut kulit.Yela, time pegi interview hari tu, aku pau je kasut ayah aku.hahaha, dah la tie pon aku sebat gak.Nasib baikla baju kemeja,suar slack, n stokin sume aku punye.Memandangkan aku nak graduate dah tak lame lagi,(14th august 2009)jadi kene la beli jugak kan.Maybe esok la aku kuar kejap, g TS or Mid or Klcc.Adeiiii, aku ni nak kuar tapi tak taula nak decide nak pergi mane plak,tengokla esok.

Aku baru teringat, sejak kebelakangan ni aku dah menceburi bidang baru.Bagi memenuhi masa lapang aku, aku ada gakla pergi driving range sejak dua menjak ni.Bosan2, pergi la menebas(Golf) kat atas karpet kat pandan perdana.(Dekat je dengan rumah aku)Biasanye rabu malam la hari target aku untuk pergi menebas.tapi kadang2 tukar2 hari jugak hehehe.Tapi bermulanye minggu lepas, aku mungkin pergi ke cheras untuk menebas.Sebabnya adalah ada pakcik yang Pro menebas ni, nak mengajar aku cara menebas yang betul.Aku dah pergi minggu lepas sekali, memang best gler.Biasanye kalau balik mesti sakit pingang sket2 la, tapi balik je dari pakcik Pro menebas tu memang tak sakit pingang langsung.Aku rasa macam aku tak pergi menebas pon, padahal nak dekat 200 bola tu aku tebas..Memang giler,sbb biase 100 bola je dah sakit2 pingang.Lepas ni, aku pergi lagi la nampaknya.Aku nak try jadi Pro menebas pulak, nnt boleh lawan menebas dengan En Tiger and boleh masuk TV.hehehe, berangan je lebih aku ni..hahaha..

Okeyla sampai disini dulu, nanti aku cerita macamane aku lalui interview yang pertama dalam hidup aku.Kene buat 3 plak tu,2 kali interview and 1 ujian untuk interview.Nak tau kat mane aku interview?Dengan sape aku berinterview? and Berape lame aku interview?Tunggula, aku akan cuba rungkai kan sket2.First interview aku je dah kene ganas2 tu.hahaha, sehingga berjumpa lagi.

By,
MrEjail

31 Jul 2009

Cerahkan mata Part 2

Posted by Ejail

Salam,
apa khabar uols, so hari ini aku nak citer sketla pasal product permata hijrah yang boleh membaiki mata kita tu insyallah.Stakat ini, I already worn it for about a week now.Perkembangan die okeyla, ade turun sket power.Semalam aku pergi check mata kat my special place Charis Optical, memang member dengan tempat ini la.Cadangnya nak pergi situ nak purchase nie spec la, bcoz of my spec currently now got a crack a little bit.Not just a crack, smpai pecah gakla sket and ada la lubang sket sumenya terjadi pada kaca die not the frame.Memandangkan spec aku ni dah lama sket, jadi nak tukar semua skali la.Purchase new lense and new frame, jadi kene la nak check power mata brape.

Dalam pale otak aku mase tu, pikir harap2 ubat permata hijrah tu ade la kesan sket.Sampai je kat situ,trus uncle trus ajak check mata. Mula-mula check la mata gune machine yang tembang trus kat mata, dalam beberapa minit je boleh tau result.And then, result pon keluar menunjukkan power mata aku on the right side ada kurang sket. Kurang dalam 25 macam tu, hahaha, mase tu aku tergelak je kat uncle tu sebab uncle tu pikir macam pelik sket.Sebab dia ada rekod last time power mata aku berapa, L(600) and R(575).Tapi result yang dia dapat adalah L(600) and R(550), dia tengok result macam pelik and then dia cakap,"its okey, we make another test".

This time he brought me into a checking room.Bilik ni memang penuh dengan alatan check mata.Pastu kene pakai spec mata khas yang boleh ubah2 power la.Kali ini, dia check result pon same gak, hahaha.Aku tersenyum memanjang je, sebab usaha aku kurang kan power berkesan sket.Alhamdulillah, ada kurang.Aku rasa lepas ni, aku nak pakai ubat permata hijrah ni sampai mata aku baik, insyAllah.

Aku syorkan korang tryla pakai ubat permata hijrah ni, insyAllah boleh kurang power.Aku memang dah pakai selama seminggu, setakat ni dah kurang 25 power aku.hehe, 25, banyak tu.Sampai sini dulu, aku nak pergi pakai ubat permata hijrah ini.

Salam.

By,
MrEjail

24 Jul 2009

Letter of Examination

Posted by Ejail

Salam,

hi all, today I receive a letter from SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).It is about the PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik) job.Actually,I applied that job on middle of last month by filling the online form on the SPA website.I just surprised to receive the letter today.The letter was about the exam for the PTD job and it will be held on 8th August 2009, from 9.00 a.m until 4.30 p.m.I need to face 5 different types of exam.Haha, so many exam on the same day.Even during my studies, I only had one exam in one day.I hope that I can pass this to proceed to the next level.

Actually, to be a PTD for the goverment U need to face many types of challenge, one of it is this examination.After that it will be the interviews, fitness test, and others(i could not remember everything of it).Why do PTD job need to be test like this?This is because the PTD will be the representative for the goverment, so PTD must be the one that is good in various of things, such as leadership, and others.It is like the person must be perfect in all the aspect the goverment wants to.

5 examinations in one day, haha.The problem now is that I dont know what is the syllabus to stdy for this exam.I will try to us my cousin about it, because she had taken the examination last time.

The exam will be held at the Heritage hotel in KL,near the train station I think.I hope I can do it very well, and pray for me.Well, that`s all for today.

By,
MrEjail